← Kembali ke SRHWORKS
SRH INSIGHTS← Produk

Produk digital 03

Sistem Tuisyen Excel

Setiap awal bulan, soalan yang sama: siapa belum bayar? Anda selak buku, semak WhatsApp, cuba ingat siapa kata “minggu depan saya bayar”. Sebahagiannya terlepas. Bukan sebab cuai, tetapi sebab tiada satu tempat yang menyimpan semuanya. Fail ini tempat itu.

Bayaran sekali sahajaRM199
Excel .xlsx

Selepas pembayaran berjaya, fail akan dihantar secara manual ke e-mel yang digunakan semasa pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas bayaran disahkan.

Dengan membeli, anda bersetuju dengan polisi pembelian, penghantaran dan privasi.

Sistem Tuisyen.xlsx
Slip yuran pelajar menunjukkan kehadiran, yuran sebulan dan jumlah tertunggak
Sedia digunakan

Tahu siapa belum bayar, tanpa menyelak buku.

Dibina untuk pusat tuisyen kecil dan sederhana yang masih urus yuran dalam buku, WhatsApp, atau fail Excel yang bersepah.

01

Tertunggak dikira sendiri

Ia tahu bila setiap pelajar mula dan berapa bulan sepatutnya dibayar. Bakinya keluar merah tanpa anda kira.

02

Masuk nama sekali sahaja

Tambah pelajar di satu tempat, dan dia terus muncul dalam kehadiran, yuran dan slip. Tiada senarai yang tak sepadan.

03

Kehadiran dengan satu tanda

Taip / untuk yang hadir. Peratus dikira sendiri dan bertukar merah bila turun bawah 70%.

04

Slip untuk ibu bapa

Pilih pelajar, tekan cetak, simpan sebagai PDF. Nama dan telefon pusat anda sudah ada di atas.

05

Dashboard sebagai senarai kerja

Kutipan bulan ini, jumlah tertunggak, dan nama siapa perlu dihubungi — bukan sekadar nombor.

06

Tiada macro langsung

Fail .xlsx biasa. Tiada amaran keselamatan, tiada langkah tambahan. Berfungsi di Excel 2016 ke atas.

Setiap satu ada tugasnya.

Anda hanya menaip dalam dua daripadanya. Yang lain berfungsi sendiri.

TETAPAN

Nama pusat, senarai kelas dan yuran. Isi sekali sahaja.

DATA_PELAJAR

Pelajar, penjaga, telefon, tarikh daftar. Yuran diisi sendiri ikut kelas.

KEHADIRAN

Tanda / setiap sesi. Peratus dan amaran dikira sendiri.

YURAN

Taip bayaran ikut bulan. Tertunggak keluar merah.

DASHBOARD

Kutipan, tunggakan, kehadiran, dan siapa perlu dihubungi.

SLIP

Pilih pelajar, tekan cetak. Siap untuk WhatsApp.

Salinan peribadi, berlesen untuk satu pusat.

PenghantaranDihantar secara manual ke e-mel bayaran dalam tempoh 24 jam selepas bayaran berjaya.

KeserasianExcel 2016 ke atas, Windows dan Mac. Tiada macro, jadi tiada amaran keselamatan.

LesenUntuk satu pusat tuisyen. Jual semula, pengedaran dan perkongsian awam adalah dilarang.

Kemas kiniPercuma selama satu tahun dari tarikh pembelian.

Ketahui sebelum membeli.

Jawapan jelas tentang keserasian, penghantaran, penggunaan dan sokongan.

Saya tak pandai Excel. Boleh guna ke?

Boleh. Anda cuma taip nama, tarikh dan nombor. Semua pengiraan sudah siap. Anda tidak perlu menulis satu formula pun. Ada sheet MANUAL di dalam fail yang menerangkan setiap langkah dalam tiga minit.

Berapa ramai pelajar boleh dimasukkan?

Lima puluh pelajar dan enam puluh sesi kelas. Kalau pusat anda lebih besar daripada itu, hubungi kami. Kami boleh besarkan fail untuk anda.

Versi Excel manakah yang sesuai?

Direka khusus supaya berfungsi di Microsoft Excel 2016 ke atas, Windows dan Mac. Kami sengaja mengelak formula moden seperti XLOOKUP supaya ia tidak rosak di komputer lama. Sesetengah ciri visual mungkin berbeza dalam Google Sheets atau Numbers.

Kalau pelajar berhenti pertengahan tahun?

Isi lajur Bulan Akhir dengan bulan terakhir dia sepatutnya bayar. Pengiraan tertunggak berhenti di situ dan tidak terus bertambah.

Bolehkah saya letak nama dan logo pusat saya?

Boleh. Ruang di bahagian atas slip untuk jenama anda sendiri: nama pusat, telefon dan alamat keluar pada setiap slip yang anda cetak.

Bagaimana saya menerima fail?

Fail akan dihantar secara manual ke e-mel yang anda gunakan semasa pembayaran, dalam tempoh 24 jam selepas transaksi disahkan.

Bagaimana jika fail tidak diterima atau tidak boleh dibuka?

Hubungi @srhinsights di TikTok atau e-mel srhinsights@srhworks.com dengan rujukan pembayaran Stripe anda. Kami akan semak pesanan dan hantar semula fail tersebut.

Bolehkah saya meminta bayaran balik?

Kerana ini produk digital, bayaran balik atas sebab berubah fikiran tidak ditawarkan selepas penghantaran. Bayaran berganda, produk tidak diterima dan masalah fail sebenar akan disemak dengan adil. Hak anda di bawah undang-undang yang terpakai tidak terjejas.

Bulan depan, anda tahu siapa belum bayar.